Kisah Kami

Jaminan kualiti? Pematuhan kesihatan dan keselamatan makanan? Anda sebut sahaja! Naylors telah menggabungkan semua kemahiran dan ramuan yang diperlukan untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan berkualiti tertinggi yang patut anda terima.

JAMINAN KUALITI

Kami tahu makanan kami terus dari sumbernya.

Produk kami menjalani proses yang amat teliti untuk memastikan kekonsistenan dalam menghasilkan dan membekalkan hasil British yang premium dan asli kepada pelanggan kami.

Akreditasi

Lazat, Selamat. Diperakui Halal.

KOMITMEN KAMI

Sebagai syarikat milik keluarga, kami berbangga, prihatin dan memberikan perhatian dalam semua perkara yang kami lakukan.

Meskipun berlaku kekurangan makanan di sepanjang Perang Dunia I dan II, bekalan tanaman makanan daripada Naylor Farms tidak pernah terhenti.Ladang kami terus membekalkan tanaman ke pasaran UK. Kami percaya, perkara ini adalah bukti komitmen kami terhadap pelanggan kami.

Kualiti Nilai Tambah

Kami berpegang teguh dengan falsafah ‘ladang ke garfu’ kami, oleh itu anda boleh yakin bahawa di Naylors, kami mendukung standard tertinggi dalam proses membawakan produk yang berkualiti terbaik. Kami juga mengurus rantai bekalan kami dengan berkesan untuk menanam kobis dan kentang yang sesuai untuk salad premium kami. Dengan kesedaran yang semakin meningkat tentang kebolehjejakan makanan hari ini, kami sangat memahami bahawa sebagai pengguna, anda berhak untuk mengetahui sumber makanan anda dan betapa beretika makanan itu diperoleh. Oleh itu, untuk menangani kebimbangan sebenar anda tentang sumber makanan, Naylors ialah syarikat bersepadu menegak, yang bermakna syarikat ini mempunyai pemilikan penuh ke atas rantai bekalannya dari bawah hingga ke peringkat hujungnya.

Kongsi detik #Naylors anda di Instagram
Instagram has returned invalid data.